Sejarah Dr. Azizah Omar
Dr. Azizah Omar antara usahawan yang
terkenal di sekitar Kuala lumpur dengan jenama syarikatnya yang dikenali
sebagai Omar Ali Holdings. Beliau berusia 42 tahun dan merupakan anak bongsu
daripada 11 orang adik-beradik. Tujuh daripada sebelas adik-beradiknya telah
menceburkan diri dengan menggalas tanggungjawab terhadap perniagaan Omar Ali
Holdings yang telah diusahakan oleh arwah bapa mereka yang dikenali sebagai
Omar Ali yang telah banyak bersusah payah untuk mengembangkan syarikat tersebut
yang sudah lama bertapak selama 71 tahun dalam perniagaannya. Ibu pejabat Omar
Ali Holdings terletak di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru di Kuala Lumpur yang
telah diuruskan oleh Dr. Azizah Omar. Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang
Ekonomi dari Northern Illinois University di Amerika Syarikat.
Antara serba sedikit mengenai sejarah
perniagaan Dr. Azizah Omar yang mempunyai syarikat yang kukuh sehingga kini
yang diberi nama Omar Ali Holdings Sdn.Bhd. Syarikat Omar Ali Holdings Sdn.Bhd
oleh bapa beliau yang diberi nama Omar Ali iaitu pada tahun 1935, pada
permulaan kedai beliau telah membuka kedai bazar Melayu yang kini lebih
dikenali sebagai Masjid Jamek yang terletak di Kuala Kumpur dengan menggajikan
hanya dua orang pekerja pada ketika itu dan perniagaannya lebih fokus kepada
baju Melayu yang berkonsepkan tradisional. Perniagaan Omar Ali Holdings telah
banyak menerima tempahan sekitar tahun 1940-an seperti sut dan lain-lain. Arwah
ayah beliau telah belajar dan menimba ilmu dari guru di negara Jepun untuk mendapatkan
kemahiran yang lebih baik dalam dunia perniagaan. Cawangan Omar Ali Holdings
bukan sahaja terdapat di di Masjik Jamek malah telah meluas di Alamanda,
Putrajaya yang telah dibuka pada tahun Oktober 2004 yang diuruskan oleh
kakaknya sendiri iaitu Normadiati Omar.
Rahsia Kejayaan Omar
Ali Holdings
Antara rahsia kejayaan Omar Ali Holdings yang telah
menyebabkan syarikatnya mampu bertahun sehingga kini adalah disebabkan
hubangannya yang erat antara adik beradiknya dan berusaha untuk memajukan lagi
warisan perniagaan yang telah diuasahakan oleh arwah ayah beliau berdasarkan
perkongsian pendapat dan gabungan idea, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
oleh adik beradik mereka. Selain itu, perniagaan mereka juga mendapat sokongan
dan bantuan daripada dalam dan luar negara. Antara negara yang banyak memberi
bantuan adalah dari negara Jepun, China, Indonesia dan Pakistan yang mempunyai
ejen di negara Malaysia dan Singapura. Negara-negara tersebut bukan sahaja
membekalkan barangan seperti jarum dan benang malah turut memberi bantuan dari
segi mesin jahit sehingga tekstil yang mempunyai pelbagai pilihan warna dan
tekstur yang mampu untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak pelanggan.
Di
samping itu, kejayaan perniagaan mereka disebabkan oleh mereka sangat menjaga
keperluan dan kehendak pelanggan dari segi jahitannya yang kemas dan berkualiti
yang telah menarik setiap pelanggannya untuk setia dalam membuat tempahan di
syarikat mereka. Perniagaan kami amat mementingkan kualiti jahitan dan
mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh setiap pelanggan supaya kami dapat
meningkat kemahiran dan mengetahui kehendak pelanggan sehinggakan kami berjaya
bertahan sehingga kini dalam dunia perniaagaan.
Seterusnya,
sebagai seorang usahawan yang kreatif dan memandang kejayaan masa hadapan arwah
ayah saya, Omar Ali telah menghantar 3 orang anak lelakinya ke London untuk
mempelajari pelbagai teknik-teknik dan kemahiran dalam bidang jahitan dan
mempelajari dengan lebih mendalam mengenai cara-cara menjadi usahawan yang berjaya.
Apabila mereka pulang ke Malaysia ilmu yang telah dipelajari tersebut akan
dipraktikkan dalam perniagaan keluarga kami sehingga menjadikan perniagaan kami
mampu untuk membuka beberapa cawangan lain dan masih bertahan sehingga kini.
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
1. Networked
(Rangkaian)
Rangkaian adalah satu ciri yang perlu ada dalam perniagaan yang
memainkan peranan yang penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan
mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia boleh
memudahkan untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan
menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik
juga membolehkan usahawan mendapatkan sokongan dan kerjasama antara lingkaran
rangkaian. Setiap usahawan perlulah membina kemahiran rangkaian, kerana ia akan
menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.
Rangkaian juga merupakan satu peluang besar dalam menjadikan seseorang
usahawan itu berjaya dalam perniagaannya. Hasil daripada strategi rangkaian
yang lepas menjadikan sumber untuk strategi yang akan mendatang. Sekiranya
seseorang usahawan mempunyai rangkaian yang baik maka ia akan memberi faedah
yang besar dalam perniagaannya. Antara kelebihannya adalah dari sudut kemudahan
mencapai tahap yang baik, reputasi yang cemerlang yang boleh menjadi idola
kepada usahawan yang lain.
Selain itu, tidak mudah untuk seseorang usahawan meraih kejayan tanpa
menerima bantuan daripada pihak lain. Seorang usahawan yang berjaya juga perlu
bijak dalam memilih individu bukan sahaja dapat membantu perniagaan mereka pada
masa sekarang tetapi juga berpotensi untuk membantu mereka pada masa yang akan
datang.
Contoh usahawan yang mengaplikasikan ciri rangkainan dalam perniagaan
ialah Datuk Jimmy Choo merupakan seorang pereka kasut dan juga seorang tukang
kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya sendiri. Nama Jimmy
Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan berjaya. Beliau mendapat ilham dan
inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga
dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman. Beliau sangat teliti dalam
membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi
memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat
walaupun mengenakan kasut bertumit
tinggi.
Datuk Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1961 dalam sebuah
keluarga di mana ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat
pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya kerana ayahnya
seorang tukang kasut sepenuh masa.
Beberapa tahun yang lepas apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan
rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada itu,
Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo menyebabkan nama Jimmy
Choo melonjak di persada antarabangsa. Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan
gaya, kemewahan dan ketulenan serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di
serata dunia.
2.
Proactive
(Proaktif)
Usahawan yang proaktif akan berpandangan jauh dan sentiasa berusaha
untuk melakukan inovasi terhadap perniagaannya. Proaktif bermaksud sikap
positif yang merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan lebih awal daripada
jangkaan yang bakal berlaku. Sebagai usahawan yang berjaya, sikap ini sangat
penting dan perlu dipratikkan di dalam perniagaan. Sebagai usahawan juga mereka
perlu cepat dan bijak dalam merangka strategi perniagaan supaya sebarang
kesilapan dalam operasi perniagaannya dapat diperbetulkan secepat mungkin.
Usahawan yang proaktif juga akan bertindak
lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan.
Usahawan memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Usahawan
akan lebih kreatif dan mahir menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia
perniagaan. Usahawan yang proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang
diluar operasi perniagaan.
Selain itu, seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan.
Usahawan perlu mencari maklum balas terutamnya daripada pelanggannya dan buykan
menunggu pelanggan membuat aduan. Sekiranya terdapat aduan pelanggan mengenai
keluaran atau perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan seharusnya tidak cepat
marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dan menerima aduan itu dengan hati
yang terbuka. Hal ini demikian kerana, melalui maklum balas itu, usahawan dapat
memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam
perniagaan. Usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang
bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil
peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru.
Sebagai contoh usahawan yang proaktif ialah usahawan runcit iaitu Datuk
Wira (Dr) Haji Ameer Ali bin Mydin. Beliau telah menjadi Pengasas pasaraya
Mydin selepas ayah beliau. Pasaraya Mydin adalah sebuah pasaraya yang
menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain. Pengasas bagi
syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam
Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota
Bharu, Kelantan bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat
pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih
daripada 200 kedai di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas
Tuan Mydin, anak beliau iaitu Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali bin Mydin
menyambung perniagaan ini sebagai Pengarah Utusan Mydin. Beliau bersikap
[roaktif dengan mencari pekuang dalam pasaran serta memenuhi permintaan di pasaran
dengan harga yang berpatutan untuk bersaing dengan pasaraya tempatan yang lain.
Beliau juga mencari maklum balas dari pelanggan untuk memenuhi permintaan baru
pelanggan. Beliau juga akan memperbaiki segala kekurangannya dengan maklum
balas daripada pelangganya.
3.
Mengambil
risiko secara terbuka
Mengambil risiko secara terbuka bermaksud kemungkinan besar sesebuah
perniagaan itu akan mengalami kerugian atau keuntungan. Setiap usahawan yang
mengambil ciri ini harus mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan ia juga
berkait dengan ciri keperibadian seseorang usahawan. Setiap perniagaan sama ada
perniagaan besar atau kecil akan mengambil risiko untuk memantapkan lagi
sesebuah perniagaan itu untuk mendapatkan hasil yang lumayan serta membuat
sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut.Ciri pengambilan
risiko secara terbuka ini memerlukan pengetahuan, penelitian, fahaman dan
selamat di dalam sesebuah perniagaan sebelum ia mengambil risiko ini kerana
supaya ia tidak mendatangkan masalah kepada peniaga.
Sebagai contoh seorang usahawan yang menggunakan ciri ini ialah syarikat
Air Asia yang diketuai oleh Tony Fernandez. Tan Sri Anthony Francais Fernandes
CBE yang dilahirkan pada 30 April 1964 dan lebih dikenali sebagai Tony
Fernandes yang merupakan seorang usahawan dari Malaysia yang merupakan pengasas
kepada “Tune Air Sdn Bhd” dan ia mempunyai slogan “semua mampu naik kapal
terbang”. Oleh hal yang demikian, syarikat ini telah memperkenalkan tiket
penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia. Syarikat AirAsia menjadi
terkenal atau masyhur selepas Fernandes mengambil alih syarikat itu daripada
sebuah syarikat penerbangan yang mundur sehinggalah menjadi sebuah syarikat
penerbangan yang terkenal.
Syarikat AirAsia dahulu mempunyai hutang yang tinggi dan Fernandes telah
mengambil risiko yang besar dengan membeli syarikat tersebut dengan harga
seringgit dan mempunyai hutang dalam anggaran RM 40 juta dan hanya mempunyai
dua buah kapal terbang terpakai sahaja. Dua kapal terbang terpakai tersebut
iaitu Boeing 737-300 yang hanya mampu ke satu destinasi sahaja, membawa 250,000
penumpang dan pekerja hanya mempunyai 250 orang pekerja sahaja. Namun selepas 9
tahun syarikat ini diterajui oleh Tony Fernandes telah memberi kesan yang besar
kepada syarikat AirAsia di mana syarikat itu mempunyai nilai hampir RM 4
billion, keuntungan sebanyak RM 549 juta, ia juga telah memiliki lebih 85 buah
pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan dan
perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang
penumpang dalam setahun dan ia juga mempunyai 8,000 orang pekerja di Malaysia.
4.
Berwawasan
Wawasan
bermaksud seseorang mempunyai matlamat atau target yang ingin dicapai oleh
sesebuah syarikat itu pada masa hadapan. Wawasan ini perlu mengambil kira
wawasan dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan dapat
memberikan hala tuju atau wawasan yang jelas dan segala usaha yang dilakukan
oleh syarikat tersebut hanya disasarkan untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan dan dengan adanya wawasan, ia dapat mengelakkan lencongan.
Wawasan merupakan bagaimana seseorang usahawan melihat apa yang akan
berlaku pada masa akan datang dan ia tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Seseorang usahawan yang berwawasan mempunyai imaginasi tentang apa yang
sesebuah syarikat itu mendapat hasil yang usahawan bercadang untuk
menghasilkan. Usahawan yang berwawasan akan membentuk seseorang usahawan dengan
lebih baik seperti menjadikan seseorang itu lebih jelas, tersendiri, mempunyai
matlamat tertentu pada masa depan. Berwawasan bermakna seseorang yang boleh
melihat sesuatu yang akan berlaku lebih jauh sebelum ia benar-benar terjadi.
Contoh usahawan yang berwawasan dalam industri automobil ialah Malcolm
N. Bricklin. Beliau dilahirkan pada 9 Mac 1939 dan diiktiraf sebagai salah satu
industri automobil terkemuka usahawan, pencipta dan berwawasan. Beliau mempunyai
lebih 50 tahun pengalaman dalam mereka bentuk, kejuruteraan, pembuatan,
perkilangan semula, mengimport, mengedar dan kereta pemasaran. Beliau
berwawasan kerana beliau dapat melihat apa trend pada masa akan datang sebelum
orang lain mengetahuinya. Syarikat beliau dikenali sebagai salah satu di Dunia
60 Minds Terbesar oleh Mike Wallace dan beliau merupakan salah satu daripada
empat lelaki di Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II. Mavericks merupakan
industri auto pertama yang menyedari bahawa penjimatan, kereta Jepun yang murah
yang merupakan veliau adalah salah satu memberi pengaruh yang besar di Amerika
Syarikat dan dicipta Subaru. Beliau adalah usahawan kereta yang hanya
mengimport kereta automobil di United State: Subaru, Bricklin SV1, Pinanfarina
dan Yugo.
5.
Kegagalan
adalah salah satu pilihan
Kegagalan merupakan salah satu punca mengapa seseorang usahawan itu
boleh berjaya sehingga menjadi terkenal. Apabila mendengar perkataan berjaya,
ramai orang akan berfikir bahawa sesebuah syarikat itu mempunyai keuntungan
yang besar dan kos yang dapat dikurangkan. Sumber kwangan semestinya keputusan
yang diingini. Tetapi satu definisi kejayaan adalah lebih sederhana dan ia
membawa maksud hasil atau keputusan. Oleh itu, keputusan tidak seharusnya
positif, maka dengan alasan kegagalan itu tidak semestinya sesuatu yang
negatif. Kegagalan boleh ditangani dengan perkara yang berlawanan dengan
kegagalan dan belajar daripada mereka dan beralih kepada apa yang akan datang
dengan semangat yang baru.
Sebagai contoh, Thomas Alfa Edison ialah seorang pereka dan usahawan
Amerika Syarikat yang mengembangkan banyak pengaruh sehingga mempengaruhi
kehidupan di seluruh dunia. Beliau digelar “Yang Pintar” dari seorang wartawan
kerana beliau seorang pereka terawal yang menggunakan pengeluaran secara
besar-besaran. Thomas Edison telah dianggap sebagai salah satu pereka yang
paling berpengaruh dalam sejarah penciptaan.
Thomas Edison telah mencipta lampu dan pada tahap awal penciptaan lampu
ini tidak berjaya kerana masalah wang pinjaman yang tidak diluluskan. Namun
begitu, selepas berjaya mendapat pinjaman beliau berusaha mencipta lampu.
Tetapi malangnya, beliau telah gagal untuk mencipta lampu sebanyak beratus kali
percubaan. Disebabkan semangat beliau yang tinggi dan tidak menganggap
kegagalan itu untuk beliau berhenti daripada mrencuba mencipta lampu akhirnya
beliau telah berjaya mencipta lampu dengan percubaan yang ke seribu.