Biografi
Dr Azizah Bin Omar Ali
Dr Azizah Bin Omar Ali merupakan seorang
usahawan yang terkenal
dengan perniagaan Omar Ali
Holdindgs Sdn. Bhd. Beliau merupakan
anak kepada Allahyarham
Omar Ali. Beliau merupakan
anak bongsu daripada
11 orang adik-beradik. Dr Azizah
berkelulusan dalam bidang
Ekonomi dari Northern
Illinois University, Amerika
Syarikat. Adik- beradiknya juga terlibat
dalam perniagaan ini
disebabkan syarikat ini
merupakan perniagaan warisan
yang ditubuhkan oleh
ayahnya. Omar Ali
Holdings Sdn Bhd diasaskan
oleh ayahnya, Omar Ali
sejak 1935. Pada masa
ketika itu, ayahnya
membuka kedai di
Bazar Melayu yang lebih dikenali
sebagai Wisma Yakin
di Jalan Masjid
India. Pada mulanya, beliau
hanya mempunyai dua
orang pekerja untuk
membantu dalam perniagaanya. Beliau hanya
menumpukan tumpuan terhadap
pakaian tradisional
terutamanya baju Melayu. Ayahnya pernah
mendalami dalam bidang
jahitan dengan seorang
guru dari Jepun
untuk menjayakan perniagaanya.
Selain di Wisma
Yakin, Butik Omar Ali
juga terdapat di
Alamanda, Putrajaya yang
dibuka pada Oktober
2004. Pada masa kini, Butik
Omar Ali yang
lebih dikenali sebagai
Omar Ali Holdings
Sdn .Bhd yang diambilalih
oleh anaknya Dr
Azizah Omar bin Ali
serta adik-beradiknya. Dr
Azizah Omar dan
adik-beradiknya turut
mengembangkan perniagaanya.
Walaupun perniagaan warisan
keluarga yang telah bertapak
71 tahun, mereka masih
mengekalkan mutu dan
kualiti perniagaannnya. Dr Azizah
Omar bertindak sebagai
Pengarah Urusan dalam
menguruskan perniagaan Omar
Ali Holdings Sdn.Bhd
yang mempunyai beribu
pejabat di Jalan
Raja Mahmud, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Dr Azizah mempunyai
tiga generasi pelanggan dari sebuah
keluarga yang menggunakan
jenama Omar Ali.
Dr Azizah juga
mengutamakan kualiti jahitan
dan membantu menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh
pelanggan apabila mengambil
keputusan mengenai pakaianya. Ayah Dr
Azizah menghantar tiga
anak lelakinya ke
luar negara untuk
anaknya menceburi dalam bidang
jahitan. Kemahiran dan ilmu
adik-beradiknya dapat membantu
mengembangkan perniagaannya dengan
rekaan terbaru dan
mutu jahitannya yang
berkualiti. Pada mulanya, mereka hanya
menumpukan pada baju
Melayu sahaja, tetapi semakin berkembang
kepada penerimaan tempahan
sut korporat dan
pakaian seragam daripada
pelbagai agensi kerajaan
dan swasta. Beliau juga
menguruskan kualiti dan
kuantiti tempahan dengan
lebih bersistematik.
Dr Azizah juga
mementingkan gaya tradisi
sejak turun-temurun. Beliau
hanya mempunyai seramai
30 tukang jahit
yang mahir dan
terlatih dalam bidang
ini. Abang Dr Azizah
juga membantunya dalam
perniagaan ini dengan
memantau rekaan baju-baju
terbaru koleksi Omar
Ali. Dr Azizah juga
menerima tempahan untuk
pakaian wanita seperti
kebaya dan baju kurung. Beliau
juga menerima tempahan
untuk pakaian perkahwinan
pengantin lelaki dan
perempuan. Dr Azizah menerima
tempahan uniform untuk
agensi kerajaan dan
swasta, maka persaingannya menjadi
sengit kerana bukan
mudah untuk mendapatkan
kontrak atau tender
tersebut.
Dr Azizah
meraih sokongan dan
kepercayaan daripada pembekal
dari dalam dan
luar negara yang
banyak membantu menaikkan
pasaran jenama ini. Beliau
mempunyai pengedar yang datangnya dari
Korea, Jepun, Indonesia,
China dan Pakistan
yang mempunyai agen di
Malaysia dan Singapura. Beliau yakin
untuk mengembangkan lagi
perniagaannya ke tahap yang
lebih tinggi. Beliau
dan adik-beradiknya berusaha
untuk menarik ramai
pelanggan baru yang
mempunyai pelbagai perspektif
yang berbeza. Dr Azizah mendapat sokongan
dan dorongan daripada
keluargannya untuk menjayakan
perniagaan ini. Dr Azizah
juga memberikan keutamaan
kepada pelanggannya. Beliau
menggunakan kaedah yang
lebih menarik dengan
menggunakan jahitan tradisi
Melayu dan memenuhi
permintaan pelanggannya.
Beliau juga meneruskan
perniagaannya dengan bersama-sama
keluarga dapat membentuk
persefahaman dan secara
tidak langsung menyatukan
ahli keluarga. Beliau juga
ingin bekerja dengan
amanah dan jujur
kerana tujuan utamanya
ialah mengukuhkan kedudukan
syarikat dan seterusnya
boleh diwarisi ke
anak cucu. Sokongan daripada
keluarganya dapat
bermotivasikan Dr Azizah
Omar untuk berkembang
maju lagi dalam
perniagaanya. Beliau juga menjemput
ramai usahawan Melayu
dalam bidang ini. Walaupun
Dr Azizah merupakan seorang
wanita, beliau dapat berjaya
dalam bidang ini sebagai
usahawan yang terkenal dan
berdedikasi.
Ciri-ciri yang dimiliki oleh Dr. Azizah
1) Jaringan
Usahawan dibentuk dalam masyarakat dan
hubungan mereka dengan ahli-ahli masyarakat telah lama wujud. Konsep jaringan
usahawan ini sememangnya menjadi asas kepada pembentukan dan pembangunan
perniagaan. Jika usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk penguna dalaman
dan pengguna luar, usahawan akan mudah untuk memperoleh kelebihan terhadap
peluang dalam membentuk perniagaan mereka dan dalam meyelesaikan masalah
tentang perniagaan yang mereka hadapi. Oleh yang demikian, usahawan perlu
membina kemahiran rangkaian yang baik kerana ia merupakan pemangkin kepada
pencapaian matlamat dan objektif perniagaan.
Omar Ali Holdings Sd Bhd telah membina
rangkaian sejak 71 tahun yang lepas lagi. Butik Omar Ali telah menerima banyak
tempahan baju Melayu daripada pelanggan yang berstatus tinggi yang terdiri
daripada menteri-menteri besar, tokoh- tokoh terkenal dan juga artis yang popular. Selain itu, Azizah Omar
telah mengambil inisiatif untuk menjalankan hubungan baik dengan pihak media.
Kini, butik Omar Ali telah mendapat banyak liputan media. Antara pihak media
membuat liputan ke atas butik Omar Ali ialah Kosmo!, Utusan Malaysia dan juga
Berita Harian
1 ) Proaktif
Usahawan yang proaktif bermaksud usahawan yang
mempunyai hala tuju dan wawasan yang jelas dan sentiasa mahu maju ke hadapan
dalam semua aspek. Usahawan akan menjadi lebih kreatif dan mahir dalam
menghasilkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan semasa mentadbir
perniagaan miliknya. Selain itu, usahawan yang proaktif juga sentiasa mencari
cari untuk melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang ke dalam
operasi perniagaan.
Azizah Omar tergolong dalam golongan usahawan
proaktif kerana beliau sentiasa mencari peluang untuk memenuhi permintaan
semasa dipasaran baik dia di dalam negara atau di luar negara dengan harga yang
berpatutan berdasarkan kualiti dan mutu pakaian yang dihasilkan untuk bersaing
dengan butik tempatan yang lain
2 ) Mengambil
risiko terbuka
Usahawan harus berani untuk mencuba mengambil
risiko terbuka walaupon ia nya berpotensi untuk mengakibatkan ancaman fizikal
atau pun kerugian dalam bentuk kewangan akan tetapi ia juga boleh mewujudkan
kemungkinan untuk mendapatkan keuntungan dalam perniagaan.
Azizah Omar mengambil risiko yang besar untuk menjadi Pengarah Urusan Omar
Ali Holdings Sdn Bhd walaupon beliau hanyalah berkelulusan ekonomi dan tidak mempunyai ilmu yang mendalam dalam
bidang perniagaan disamping tidak mempunyai kemahiran langsung untuk menjahit
yang menjadi tunjang utama perniagaan mereka. Tetapi Azizah Omar mengatasinya
dengan bijak. Beliau mempelajari ilmu perniagaan daripada ayah beliau dan
setiap keluaran baju yang dihasilkan oleh butik itu akan akan dilihat dan
melepasi piawaian yang ditetapkan oleh ketiga tiga abang beliau yang
berkelulusan dalam bidang jahitan sebelum baju itu di pamirkan di pasaran.
Selain itu, mempunyai sejarah keluarga yang berpengalaman mengendalikan
perniagaan lebih 70 tahun dan dibantu 30 orang tukang jahit mahir dan terlatih
menyebabkan Omar Ali masih mampu bersaing dengan perniaga-perniaga lain.
3 ) Berwawasan
Setiap usahawan mestilah mempunyai sifat
berwawasan yang mempunyai fungsi menetapkan hala tuju syarikat pada masa
hadapan. Wawasan perlulah dibentuk pada dua jangka masa, iaitu jangka masa
pendek dan jangka masa panjang. Dengan adanya wawasan dan hala tuju yang jelas,
segala usaha yang diambil oleh usahawan akan berpandukan kepada matlamat
wawasan yang ingin dicapai. Usahawan yang berwawasan adalah usahawan yang mempunyai keupayaan untuk melihat apa
orang lain tidak dapat melihat dan mampu membayangkan bagaimana syarikatnya
akan berkembang pada masa yang akan datang.
Azizah Omar seorang ahli perniagaan yang
berpandangan jauh, melihat kelebihan dan juga keistimewaan menghasil pakaian
siap selain baju melayu, telah berkembang untuk menerima baju kurung, kebaya,
sut korporat dan pakaian seragam untuk individu dan juga pihak swasta seperti
bank, hotel dan kilang. Omar Ali mengambil tempahan untuk sut korporat dan
pakaian seragam daripada pelbagai agensi kerajaan dan turut juga mengambil
tempahan untuk sut korporat dan pakaian seragam daripada pihak swasta.
4 ) Kegagalan
adalah satu pilihan
Kegagalan bermaksud kekurangan kejayaan, kekalahan, runtuh atau karam
dan pilihan pula bermaksud alternatif, kemungkinan atau pemilihan. Justeru itu, kegagalan adalah suatu pilihan
bermakna kegagalan adalah adalah salah satu alternatif untuk menjadi lebih
berjaya. Pendek kata, ia mengajar
usahawan to belajar lebih mendalam lagi tentang selok belok perniagaan dan
berusaha keras untuk berjaya dan tidak pernah mengalah untuk menjadi usahawan
yang lebih baik. Apa yang penting adalah cara usahawan untu menangani
kegagalan, belajar daripada kegagalan dan beralih kepada masa depan tanpa patah
semangat.
Sebelum menjadi salah seorang usahawan yang
berjaya dikenali ramai, sudah tentunya
Azizah Omar telah menghadapi banyak masalah dan cabaran sebelum berjaya
ke peringkat sekarang. Salah satunya, untuk menjadi pembekal tetap pakaian
kepada jabatan-jabatan kerajaan bukannya mudah. Azizah Omar terpaksa membidas
tender kerajaan dan swasta berkali-kali sebelum
ianya diluluskan.
Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.
ReplyDelete