Monday, 7 November 2016

Bahagian A

Sejarah Dr. Azizah Omar

     Dr. Azizah Omar antara usahawan yang terkenal di sekitar Kuala lumpur dengan jenama syarikatnya yang dikenali sebagai Omar Ali Holdings. Beliau berusia 42 tahun dan merupakan anak bongsu daripada 11 orang adik-beradik. Tujuh daripada sebelas adik-beradiknya telah menceburkan diri dengan menggalas tanggungjawab terhadap perniagaan Omar Ali Holdings yang telah diusahakan oleh arwah bapa mereka yang dikenali sebagai Omar Ali yang telah banyak bersusah payah untuk mengembangkan syarikat tersebut yang sudah lama bertapak selama 71 tahun dalam perniagaannya. Ibu pejabat Omar Ali Holdings terletak di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru di Kuala Lumpur yang telah diuruskan oleh Dr. Azizah Omar. Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang Ekonomi dari Northern Illinois University di Amerika Syarikat. 
    Antara serba sedikit mengenai sejarah perniagaan Dr. Azizah Omar yang mempunyai syarikat yang kukuh sehingga kini yang diberi nama Omar Ali Holdings Sdn.Bhd. Syarikat Omar Ali Holdings Sdn.Bhd oleh bapa beliau yang diberi nama Omar Ali iaitu pada tahun 1935, pada permulaan kedai beliau telah membuka kedai bazar Melayu yang kini lebih dikenali sebagai Masjid Jamek yang terletak di Kuala Kumpur dengan menggajikan hanya dua orang pekerja pada ketika itu dan perniagaannya lebih fokus kepada baju Melayu yang berkonsepkan tradisional. Perniagaan Omar Ali Holdings telah banyak menerima tempahan sekitar tahun 1940-an seperti sut dan lain-lain. Arwah ayah beliau telah belajar dan menimba ilmu dari guru di negara Jepun untuk mendapatkan kemahiran yang lebih baik dalam dunia perniagaan. Cawangan Omar Ali Holdings bukan sahaja terdapat di di Masjik Jamek malah telah meluas di Alamanda, Putrajaya yang telah dibuka pada tahun Oktober 2004 yang diuruskan oleh kakaknya sendiri iaitu Normadiati Omar.



Rahsia Kejayaan Omar Ali Holdings

    Antara rahsia kejayaan Omar Ali Holdings yang telah menyebabkan syarikatnya mampu bertahun sehingga kini adalah disebabkan hubangannya yang erat antara adik beradiknya dan berusaha untuk memajukan lagi warisan perniagaan yang telah diuasahakan oleh arwah ayah beliau berdasarkan perkongsian pendapat dan gabungan idea, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh adik beradik mereka. Selain itu, perniagaan mereka juga mendapat sokongan dan bantuan daripada dalam dan luar negara. Antara negara yang banyak memberi bantuan adalah dari negara Jepun, China, Indonesia dan Pakistan yang mempunyai ejen di negara Malaysia dan Singapura. Negara-negara tersebut bukan sahaja membekalkan barangan seperti jarum dan benang malah turut memberi bantuan dari segi mesin jahit sehingga tekstil yang mempunyai pelbagai pilihan warna dan tekstur yang mampu untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak pelanggan.
Di samping itu, kejayaan perniagaan mereka disebabkan oleh mereka sangat menjaga keperluan dan kehendak pelanggan dari segi jahitannya yang kemas dan berkualiti yang telah menarik setiap pelanggannya untuk setia dalam membuat tempahan di syarikat mereka. Perniagaan kami amat mementingkan kualiti jahitan dan mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh setiap pelanggan supaya kami dapat meningkat kemahiran dan mengetahui kehendak pelanggan sehinggakan kami berjaya bertahan sehingga kini dalam dunia perniaagaan.
Seterusnya, sebagai seorang usahawan yang kreatif dan memandang kejayaan masa hadapan arwah ayah saya, Omar Ali telah menghantar 3 orang anak lelakinya ke London untuk mempelajari pelbagai teknik-teknik dan kemahiran dalam bidang jahitan dan mempelajari dengan lebih mendalam mengenai cara-cara menjadi usahawan yang berjaya. Apabila mereka pulang ke Malaysia ilmu yang telah dipelajari tersebut akan dipraktikkan dalam perniagaan keluarga kami sehingga menjadikan perniagaan kami mampu untuk membuka beberapa cawangan lain dan masih bertahan sehingga kini.


CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

1. Networked (Rangkaian)
        Rangkaian adalah satu ciri yang perlu ada dalam perniagaan yang memainkan peranan yang penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia boleh memudahkan untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik juga membolehkan usahawan mendapatkan sokongan dan kerjasama antara lingkaran rangkaian. Setiap usahawan perlulah membina kemahiran rangkaian, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.
       Rangkaian juga merupakan satu peluang besar dalam menjadikan seseorang usahawan itu berjaya dalam perniagaannya. Hasil daripada strategi rangkaian yang lepas menjadikan sumber untuk strategi yang akan mendatang. Sekiranya seseorang usahawan mempunyai rangkaian yang baik maka ia akan memberi faedah yang besar dalam perniagaannya. Antara kelebihannya adalah dari sudut kemudahan mencapai tahap yang baik, reputasi yang cemerlang yang boleh menjadi idola kepada usahawan yang lain.
       Selain itu, tidak mudah untuk seseorang usahawan meraih kejayan tanpa menerima bantuan daripada pihak lain. Seorang usahawan yang berjaya juga perlu bijak dalam memilih individu bukan sahaja dapat membantu perniagaan mereka pada masa sekarang tetapi juga berpotensi untuk membantu mereka pada masa yang akan datang.
         Contoh usahawan yang mengaplikasikan ciri rangkainan dalam perniagaan ialah Datuk Jimmy Choo merupakan seorang pereka kasut dan juga seorang tukang kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya sendiri. Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan berjaya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun  mengenakan kasut bertumit tinggi.
          Datuk Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya kerana ayahnya seorang tukang kasut sepenuh masa.
         Beberapa tahun yang lepas apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo menyebabkan nama Jimmy Choo melonjak di persada antarabangsa. Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.

                 
                   
2.    Proactive (Proaktif)
     Usahawan yang proaktif akan berpandangan jauh dan sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi terhadap perniagaannya. Proaktif bermaksud sikap positif yang merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan lebih awal daripada jangkaan yang bakal berlaku. Sebagai usahawan yang berjaya, sikap ini sangat penting dan perlu dipratikkan di dalam perniagaan. Sebagai usahawan juga mereka perlu cepat dan bijak dalam merangka strategi perniagaan supaya sebarang kesilapan dalam operasi perniagaannya dapat diperbetulkan secepat mungkin.
     Usahawan yang proaktif juga akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Usahawan akan lebih kreatif dan mahir menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang diluar operasi perniagaan.
      Selain itu, seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Usahawan perlu mencari maklum balas terutamnya daripada pelanggannya dan buykan menunggu pelanggan membuat aduan. Sekiranya terdapat aduan pelanggan mengenai keluaran atau perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan seharusnya tidak cepat marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dan menerima aduan itu dengan hati yang terbuka. Hal ini demikian kerana, melalui maklum balas itu, usahawan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan. Usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru.
      Sebagai contoh usahawan yang proaktif ialah usahawan runcit iaitu Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali bin Mydin. Beliau telah menjadi Pengasas pasaraya Mydin selepas ayah beliau. Pasaraya Mydin adalah sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain. Pengasas bagi syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau iaitu Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali bin Mydin menyambung perniagaan ini sebagai Pengarah Utusan Mydin. Beliau bersikap [roaktif dengan mencari pekuang dalam pasaran serta memenuhi permintaan di pasaran dengan harga yang berpatutan untuk bersaing dengan pasaraya tempatan yang lain. Beliau juga mencari maklum balas dari pelanggan untuk memenuhi permintaan baru pelanggan. Beliau juga akan memperbaiki segala kekurangannya dengan maklum balas daripada pelangganya.

                 

3.    Mengambil risiko secara terbuka
    Mengambil risiko secara terbuka bermaksud kemungkinan besar sesebuah perniagaan itu akan mengalami kerugian atau keuntungan. Setiap usahawan yang mengambil ciri ini harus mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan ia juga berkait dengan ciri keperibadian seseorang usahawan. Setiap perniagaan sama ada perniagaan besar atau kecil akan mengambil risiko untuk memantapkan lagi sesebuah perniagaan itu untuk mendapatkan hasil yang lumayan serta membuat sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut.Ciri pengambilan risiko secara terbuka ini memerlukan pengetahuan, penelitian, fahaman dan selamat di dalam sesebuah perniagaan sebelum ia mengambil risiko ini kerana supaya ia tidak mendatangkan masalah kepada peniaga.
    Sebagai contoh seorang usahawan yang menggunakan ciri ini ialah syarikat Air Asia yang diketuai oleh Tony Fernandez. Tan Sri Anthony Francais Fernandes CBE yang dilahirkan pada 30 April 1964 dan lebih dikenali sebagai Tony Fernandes yang merupakan seorang usahawan dari Malaysia yang merupakan pengasas kepada “Tune Air Sdn Bhd” dan ia mempunyai slogan “semua mampu naik kapal terbang”. Oleh hal yang demikian, syarikat ini telah memperkenalkan tiket penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia. Syarikat AirAsia menjadi terkenal atau masyhur selepas Fernandes mengambil alih syarikat itu daripada sebuah syarikat penerbangan yang mundur sehinggalah menjadi sebuah syarikat penerbangan yang terkenal.
     Syarikat AirAsia dahulu mempunyai hutang yang tinggi dan Fernandes telah mengambil risiko yang besar dengan membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit dan mempunyai hutang dalam anggaran RM 40 juta dan hanya mempunyai dua buah kapal terbang terpakai sahaja. Dua kapal terbang terpakai tersebut iaitu Boeing 737-300 yang hanya mampu ke satu destinasi sahaja, membawa 250,000 penumpang dan pekerja hanya mempunyai 250 orang pekerja sahaja. Namun selepas 9 tahun syarikat ini diterajui oleh Tony Fernandes telah memberi kesan yang besar kepada syarikat AirAsia di mana syarikat itu mempunyai nilai hampir RM 4 billion, keuntungan sebanyak RM 549 juta, ia juga telah memiliki lebih 85 buah pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan dan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang dalam setahun dan ia juga mempunyai 8,000 orang pekerja di Malaysia.









4.    Berwawasan
  Wawasan bermaksud seseorang mempunyai matlamat atau target yang ingin dicapai oleh sesebuah syarikat itu pada masa hadapan. Wawasan ini perlu mengambil kira wawasan dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan dapat memberikan hala tuju atau wawasan yang jelas dan segala usaha yang dilakukan oleh syarikat tersebut hanya disasarkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dengan adanya wawasan, ia dapat mengelakkan lencongan.
   Wawasan merupakan bagaimana seseorang usahawan melihat apa yang akan berlaku pada masa akan datang dan ia tidak dapat dilihat oleh orang lain. Seseorang usahawan yang berwawasan mempunyai imaginasi tentang apa yang sesebuah syarikat itu mendapat hasil yang usahawan bercadang untuk menghasilkan. Usahawan yang berwawasan akan membentuk seseorang usahawan dengan lebih baik seperti menjadikan seseorang itu lebih jelas, tersendiri, mempunyai matlamat tertentu pada masa depan. Berwawasan bermakna seseorang yang boleh melihat sesuatu yang akan berlaku lebih jauh sebelum ia benar-benar terjadi.
    Contoh usahawan yang berwawasan dalam industri automobil ialah Malcolm N. Bricklin. Beliau dilahirkan pada 9 Mac 1939 dan diiktiraf sebagai salah satu industri automobil terkemuka usahawan, pencipta dan berwawasan. Beliau mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam mereka bentuk, kejuruteraan, pembuatan, perkilangan semula, mengimport, mengedar dan kereta pemasaran. Beliau berwawasan kerana beliau dapat melihat apa trend pada masa akan datang sebelum orang lain mengetahuinya. Syarikat beliau dikenali sebagai salah satu di Dunia 60 Minds Terbesar oleh Mike Wallace dan beliau merupakan salah satu daripada empat lelaki di Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II. Mavericks merupakan industri auto pertama yang menyedari bahawa penjimatan, kereta Jepun yang murah yang merupakan veliau adalah salah satu memberi pengaruh yang besar di Amerika Syarikat dan dicipta Subaru. Beliau adalah usahawan kereta yang hanya mengimport kereta automobil di United State: Subaru, Bricklin SV1, Pinanfarina dan Yugo.

5.    Kegagalan adalah salah satu pilihan
   Kegagalan merupakan salah satu punca mengapa seseorang usahawan itu boleh berjaya sehingga menjadi terkenal. Apabila mendengar perkataan berjaya, ramai orang akan berfikir bahawa sesebuah syarikat itu mempunyai keuntungan yang besar dan kos yang dapat dikurangkan. Sumber kwangan semestinya keputusan yang diingini. Tetapi satu definisi kejayaan adalah lebih sederhana dan ia membawa maksud hasil atau keputusan. Oleh itu, keputusan tidak seharusnya positif, maka dengan alasan kegagalan itu tidak semestinya sesuatu yang negatif. Kegagalan boleh ditangani dengan perkara yang berlawanan dengan kegagalan dan belajar daripada mereka dan beralih kepada apa yang akan datang dengan semangat yang baru.
    Sebagai contoh, Thomas Alfa Edison ialah seorang pereka dan usahawan Amerika Syarikat yang mengembangkan banyak pengaruh sehingga mempengaruhi kehidupan di seluruh dunia. Beliau digelar “Yang Pintar” dari seorang wartawan kerana beliau seorang pereka terawal yang menggunakan pengeluaran secara besar-besaran. Thomas Edison telah dianggap sebagai salah satu pereka yang paling berpengaruh dalam sejarah penciptaan.
     Thomas Edison telah mencipta lampu dan pada tahap awal penciptaan lampu ini tidak berjaya kerana masalah wang pinjaman yang tidak diluluskan. Namun begitu, selepas berjaya mendapat pinjaman beliau berusaha mencipta lampu. Tetapi malangnya, beliau telah gagal untuk mencipta lampu sebanyak beratus kali percubaan. Disebabkan semangat beliau yang tinggi dan tidak menganggap kegagalan itu untuk beliau berhenti daripada mrencuba mencipta lampu akhirnya beliau telah berjaya mencipta lampu dengan percubaan yang ke seribu.



Bahagian B

Biografi Dr Azizah  Bin Omar Ali


Dr  Azizah  Bin Omar Ali merupakan  seorang  usahawan  yang  terkenal  dengan  perniagaan Omar  Ali  Holdindgs  Sdn. Bhd. Beliau  merupakan  anak  kepada  Allahyarham  Omar  Ali. Beliau  merupakan  anak  bongsu  daripada  11  orang  adik-beradik. Dr  Azizah  berkelulusan  dalam  bidang  Ekonomi  dari  Northern  Illinois  University, Amerika Syarikat. Adik- beradiknya  juga  terlibat  dalam  perniagaan  ini  disebabkan  syarikat  ini  merupakan  perniagaan  warisan  yang  ditubuhkan  oleh  ayahnya.  Omar  Ali  Holdings  Sdn Bhd  diasaskan  oleh  ayahnya, Omar  Ali  sejak  1935. Pada  masa  ketika  itu,  ayahnya  membuka  kedai  di  Bazar Melayu yang  lebih  dikenali  sebagai  Wisma  Yakin  di  Jalan  Masjid  India. Pada  mulanya,  beliau  hanya  mempunyai  dua  orang  pekerja  untuk  membantu  dalam  perniagaanya. Beliau  hanya  menumpukan  tumpuan  terhadap  pakaian  tradisional terutamanya  baju  Melayu. Ayahnya  pernah  mendalami  dalam  bidang  jahitan  dengan  seorang  guru  dari  Jepun  untuk  menjayakan  perniagaanya.
Selain  di  Wisma  Yakin,  Butik  Omar Ali  juga  terdapat  di  Alamanda,  Putrajaya  yang  dibuka  pada  Oktober  2004. Pada  masa  kini, Butik  Omar  Ali  yang  lebih  dikenali  sebagai  Omar  Ali  Holdings  Sdn .Bhd  yang  diambilalih  oleh  anaknya  Dr  Azizah Omar  bin  Ali  serta  adik-beradiknya.  Dr  Azizah  Omar  dan  adik-beradiknya turut  mengembangkan  perniagaanya. Walaupun  perniagaan  warisan  keluarga yang  telah  bertapak  71  tahun, mereka  masih  mengekalkan  mutu  dan  kualiti  perniagaannnya. Dr  Azizah  Omar  bertindak  sebagai  Pengarah  Urusan  dalam  menguruskan  perniagaan  Omar  Ali  Holdings  Sdn.Bhd  yang  mempunyai  beribu  pejabat  di  Jalan  Raja  Mahmud, Kampung  Baru, Kuala Lumpur.
Dr  Azizah   mempunyai  tiga  generasi  pelanggan dari  sebuah  keluarga  yang  menggunakan  jenama  Omar  Ali.  Dr  Azizah  juga  mengutamakan  kualiti  jahitan  dan  membantu menyelesaikan  masalah  yang  dihadapi   oleh  pelanggan  apabila  mengambil  keputusan  mengenai  pakaianya. Ayah  Dr  Azizah  menghantar  tiga  anak  lelakinya  ke  luar  negara  untuk  anaknya menceburi  dalam  bidang  jahitan. Kemahiran  dan  ilmu  adik-beradiknya  dapat  membantu  mengembangkan  perniagaannya  dengan  rekaan  terbaru  dan  mutu  jahitannya  yang  berkualiti.   Pada  mulanya, mereka  hanya  menumpukan  pada  baju  Melayu sahaja, tetapi  semakin  berkembang  kepada  penerimaan  tempahan  sut  korporat  dan  pakaian  seragam  daripada  pelbagai  agensi  kerajaan  dan  swasta. Beliau  juga  menguruskan  kualiti  dan  kuantiti  tempahan  dengan  lebih  bersistematik.
Dr  Azizah  juga  mementingkan  gaya  tradisi  sejak  turun-temurun.  Beliau  hanya  mempunyai  seramai  30  tukang  jahit  yang  mahir  dan  terlatih  dalam  bidang  ini. Abang  Dr  Azizah  juga  membantunya  dalam  perniagaan   ini  dengan  memantau  rekaan  baju-baju  terbaru  koleksi  Omar  Ali. Dr  Azizah  juga  menerima  tempahan  untuk  pakaian  wanita  seperti  kebaya  dan  baju  kurung.  Beliau  juga  menerima  tempahan  untuk  pakaian  perkahwinan  pengantin  lelaki  dan  perempuan. Dr  Azizah  menerima  tempahan  uniform  untuk  agensi  kerajaan  dan  swasta, maka  persaingannya  menjadi  sengit  kerana  bukan  mudah  untuk  mendapatkan  kontrak  atau  tender  tersebut. 
Dr Azizah  meraih  sokongan  dan  kepercayaan  daripada  pembekal  dari  dalam  dan  luar  negara  yang  banyak  membantu  menaikkan  pasaran  jenama  ini. Beliau  mempunyai pengedar yang  datangnya  dari  Korea, Jepun,  Indonesia, China  dan  Pakistan  yang mempunyai  agen  di  Malaysia  dan  Singapura. Beliau  yakin  untuk  mengembangkan  lagi  perniagaannya ke  tahap  yang  lebih  tinggi.  Beliau  dan  adik-beradiknya  berusaha  untuk  menarik  ramai  pelanggan  baru  yang  mempunyai  pelbagai  perspektif  yang  berbeza. Dr  Azizah mendapat  sokongan  dan  dorongan  daripada  keluargannya  untuk  menjayakan  perniagaan  ini. Dr  Azizah  juga  memberikan  keutamaan  kepada  pelanggannya.  Beliau  menggunakan  kaedah  yang  lebih  menarik  dengan  menggunakan  jahitan  tradisi  Melayu  dan  memenuhi  permintaan  pelanggannya.
Beliau  juga  meneruskan  perniagaannya  dengan  bersama-sama  keluarga  dapat  membentuk  persefahaman  dan  secara  tidak  langsung  menyatukan  ahli  keluarga. Beliau  juga  ingin  bekerja  dengan  amanah  dan  jujur  kerana  tujuan  utamanya  ialah  mengukuhkan  kedudukan  syarikat  dan  seterusnya  boleh  diwarisi  ke  anak  cucu. Sokongan  daripada  keluarganya  dapat bermotivasikan  Dr  Azizah  Omar  untuk  berkembang  maju  lagi  dalam  perniagaanya. Beliau  juga  menjemput  ramai  usahawan  Melayu  dalam  bidang  ini. Walaupun  Dr Azizah  merupakan  seorang  wanita, beliau  dapat  berjaya  dalam  bidang  ini sebagai  usahawan yang  terkenal  dan  berdedikasi.
Ciri-ciri yang dimiliki oleh Dr. Azizah
1) Jaringan
Usahawan dibentuk dalam masyarakat dan hubungan mereka dengan ahli-ahli masyarakat telah lama wujud. Konsep jaringan usahawan ini sememangnya menjadi asas kepada pembentukan dan pembangunan perniagaan. Jika usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk penguna dalaman dan pengguna luar, usahawan akan mudah untuk memperoleh kelebihan terhadap peluang dalam membentuk perniagaan mereka dan dalam meyelesaikan masalah tentang perniagaan yang mereka hadapi. Oleh yang demikian, usahawan perlu membina kemahiran rangkaian yang baik kerana ia merupakan pemangkin kepada pencapaian matlamat dan objektif perniagaan.
Omar Ali Holdings Sd Bhd telah membina rangkaian sejak 71 tahun yang lepas lagi. Butik Omar Ali telah menerima banyak tempahan baju Melayu daripada pelanggan yang berstatus tinggi yang terdiri daripada menteri-menteri besar, tokoh- tokoh terkenal dan juga  artis yang popular. Selain itu, Azizah Omar telah mengambil inisiatif untuk menjalankan hubungan baik dengan pihak media. Kini, butik Omar Ali telah mendapat banyak liputan media. Antara pihak media membuat liputan ke atas butik Omar Ali ialah Kosmo!, Utusan Malaysia dan juga Berita Harian
1 ) Proaktif

Usahawan yang proaktif bermaksud usahawan yang mempunyai hala tuju dan wawasan yang jelas dan sentiasa mahu maju ke hadapan dalam semua aspek. Usahawan akan menjadi lebih kreatif dan mahir dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan semasa mentadbir perniagaan miliknya. Selain itu, usahawan yang proaktif juga sentiasa mencari cari untuk melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang ke dalam operasi perniagaan.

Azizah Omar tergolong dalam golongan usahawan proaktif kerana beliau sentiasa mencari peluang untuk memenuhi permintaan semasa dipasaran baik dia di dalam negara atau di luar negara dengan harga yang berpatutan berdasarkan kualiti dan mutu pakaian yang dihasilkan untuk bersaing dengan butik tempatan yang lain


2 ) Mengambil risiko terbuka

Usahawan harus berani untuk mencuba mengambil risiko terbuka walaupon ia nya berpotensi untuk mengakibatkan ancaman fizikal atau pun kerugian dalam bentuk kewangan akan tetapi ia juga boleh mewujudkan kemungkinan untuk mendapatkan keuntungan dalam perniagaan.

Azizah Omar mengambil risiko  yang besar untuk menjadi Pengarah Urusan Omar Ali Holdings Sdn Bhd walaupon beliau hanyalah berkelulusan ekonomi  dan tidak mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang perniagaan disamping tidak mempunyai kemahiran langsung untuk menjahit yang menjadi tunjang utama perniagaan mereka. Tetapi Azizah Omar mengatasinya dengan bijak. Beliau mempelajari ilmu perniagaan daripada ayah beliau dan setiap keluaran baju yang dihasilkan oleh butik itu akan akan dilihat dan melepasi piawaian yang ditetapkan oleh ketiga tiga abang beliau yang berkelulusan dalam bidang jahitan sebelum baju itu di pamirkan di pasaran. Selain itu, mempunyai sejarah keluarga yang berpengalaman mengendalikan perniagaan lebih 70 tahun dan dibantu 30 orang tukang jahit mahir dan terlatih menyebabkan Omar Ali masih mampu bersaing dengan perniaga-perniaga lain.




 3 ) Berwawasan

Setiap usahawan mestilah mempunyai sifat berwawasan yang mempunyai fungsi menetapkan hala tuju syarikat pada masa hadapan. Wawasan perlulah dibentuk pada dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Dengan adanya wawasan dan hala tuju yang jelas, segala usaha yang diambil oleh usahawan akan berpandukan kepada matlamat wawasan yang ingin dicapai. Usahawan yang berwawasan adalah usahawan  yang mempunyai keupayaan untuk melihat apa orang lain tidak dapat melihat dan mampu membayangkan bagaimana syarikatnya akan berkembang pada masa yang akan datang.

Azizah Omar seorang ahli perniagaan yang berpandangan jauh, melihat kelebihan dan juga keistimewaan menghasil pakaian siap selain baju melayu, telah berkembang untuk menerima baju kurung, kebaya, sut korporat dan pakaian seragam untuk individu dan juga pihak swasta seperti bank, hotel dan kilang. Omar Ali mengambil tempahan untuk sut korporat dan pakaian seragam daripada pelbagai agensi kerajaan dan turut juga mengambil tempahan untuk sut korporat dan pakaian seragam daripada pihak swasta.

4 ) Kegagalan adalah satu pilihan

Kegagalan bermaksud  kekurangan kejayaan, kekalahan, runtuh atau karam dan pilihan pula bermaksud alternatif, kemungkinan atau pemilihan.  Justeru itu, kegagalan adalah suatu pilihan bermakna kegagalan adalah adalah salah satu alternatif untuk menjadi lebih berjaya.  Pendek kata, ia mengajar usahawan to belajar lebih mendalam lagi tentang selok belok perniagaan dan berusaha keras untuk berjaya dan tidak pernah mengalah untuk menjadi usahawan yang lebih baik. Apa yang penting adalah cara usahawan untu menangani kegagalan, belajar daripada kegagalan dan beralih kepada masa depan tanpa patah semangat.


Sebelum menjadi salah seorang usahawan yang berjaya dikenali ramai, sudah tentunya  Azizah Omar telah menghadapi banyak masalah dan cabaran sebelum berjaya ke peringkat sekarang. Salah satunya, untuk menjadi pembekal tetap pakaian kepada jabatan-jabatan kerajaan bukannya mudah. Azizah Omar terpaksa membidas tender kerajaan dan swasta berkali-kali sebelum  ianya diluluskan.